Published with Blogger-droid v2.0.4
May 27, 2012
May 26, 2012
Hidup adalah setitis air dari langit
hidup adalah setitis air dari langit
yang jatuh ke tanah tinggi sebelum
mendakap ukhuwah titisan lain
menjadi sungai ke muara abadi
************
Sebenarnya saya ada kisah sedih yang saya rahsiakan dari kalian semua. Setelah saya sendiri juga telah dirahsiakan kisah ini terlebih dahulu.
Nenek saya telah dijemput Illahi 15 Mei yang lepas, dan beritanya ayah saya beritahu selepas saya habis peperiksaan akhir sem ini. Innalillahi.
Saya sebenarnya kurang sedih kerana merasakan kehidupan arwah akan lebih tenang di sana. Saya lebih sakit melihat 'rawatan' yang diterima nenek saya itu sedang saya tahu chemo hanyalah rawatan untuk melenggahkan kerosakan total badan. Teringat arwah Ilham yang mengerang sakit setiap kali diberi rawatan chemo; saya selalu merasakan rawatan chemo ini seperti seorang pembunuh yang suka menyeksa jasad mangsa sebelum membunuhnya.
Begitulah. Saya hanya mampu mendoakan roh arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Yang paling terasa sedih tentunya ummi saya. Saya yang jauh ini tidak tahu bagaimana caranya mahu menenangkan ummi. Hanya merelakan umi menangis di sisi telefon.
Dan itu sesuatu yang menyakitkan, tentunya.
Saya terfikir banyak perkara bila soal kematian ini bersarang dalam minda. Sebelum ini nenek saya belah ayah, kemudian nenek saya belah ibu. Dan saya harus yakin selepas ini akan ada lagi kematian-kematian menyapa walau saya tidak bersedia. Boleh jadi saya sendiri? Ibu ayah saya? Adik-adik saya? Sahabat yang saya cinta? Perempuan yang saya suka?
Siapa-siapa sahaja. Kerana maut itu pun rahsia Allah.
Saya bertanya kepada diri, sebelum kematian menjemput diri apakah yang begitu saya harapkan dari orang lain yang mencintai saya; Ibu-ayah, adik-adik, kawan-kawan. Satu bertemu satu jawapan yang setakat ini paling saya puas hati iaitu; kalaulah boleh saya mahu mereka-mereka ini menuntut hak mereka masing-masing sebelum saya mati. Sebab saya takut mereka ini akhirnya menyalahkan saya di akhirat kelak. Saya tidak mahu menjadi orang yang dicinta di dunia tetapi dibenci di akhirat.
Ada banyak cerita yang dapat kita ambil pengajaran sebagai contoh seorang ayah yang kuat ibadahnya, tetapi mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak. Di akhirat setelah amalnya ditimbang, dia layak masuk ke syurga namun anaknya itu menuduh beliau tidak menunaikan tanggungjawabnya dia syurga hingga dia lupa kepada Allah. Kerana perkara itu, akhirnya dia dicampak ke neraka bersama anaknya.
Kalaulah saya itu ayahnya, tentu saya marah dan benci pada anak itu. Kenapa dia tak tuntut di dunia? Kenapa? Saya bukan selamanya mahu hidup di sisi dia, tetapi saya mahu selamanya hidup di syurga. Perkara ini sangat berkait rapat dengan 'isteri dan anak-anak boleh jadi hiasan atau ujian kepada kita'.
Tetapi untuk menuntut hak kepada orang yang kita cinta sukar untuk berlaku, kerana cinta tidak menyebabkan kita suka untuk meminta. Cinta itu sendiri sifatnya memberi. Kerana itu pada akhirnya saya merasakan kita harus tahu, menuntut hak kepada orang yang kita cinta tidak semestinya salah. Kadang-kadang kita menuntut hak semata-mata tidak mahu dia disoal di akhirat kelak. Allahu Allah!
Kalaulah kerana itu orang menuntut hak, saya akan menjadi cinta kepadanya. Kalaulah saya suami, dan ada isteri yang menuntut haknya kerana tidak mahu saya diseksa kelak pasti saya akan lebih cinta kepadanya. Kalaulah saya seorang ayah, dan ada anak yang memastikan setiap haknya diterima semata kerana tidak sanggup saya disoal kelak pasti saya akan lebih sayang padanya. Di atas segala ini, tentulah menunaikan hak itu lebih utama sebelum menuntut hak.
Saya simpulkan, tunaikanlah hak yang tergantung di pundak dan tuntutlah hak kerana cinta.
Buat umi walid, Shafiq belum jumpa hak yang belum ummi walid tunaikan kepada diri Shafiq. Shafiq akan pastikan sebelum Tuhan menjemput kalian, hak yang tertanggung di bahu ummi walid tertunai. Inshaallah.
"Delisa sayang Ummi kerana Allah."
Marilah kita mencontohi Delisa.
May 21, 2012
Berani bercakap benar, berani berkata tidak.
"Aku rasalah kan, ada dua benda penting yang harus kita belajar. Berani bercakap benar dan berani berkata tidak. Dan aku rasa lelaki harus lebih perlu untuk berani berkata benar dan perempuan harus lebih perlu untuk berani berkata tidak."
"Sebab apa?"
"Sebab aku rasa kebanyakan lelaki atau ramai, ujiannya lebih kepada membetulkan keadaan yang salah. Dan kalau dia belum cukup berani untuk berkata benar sebagai contoh demi menjaga nama baiknya tentu kesalahan akan terus bertapak dan bernafas. Sebaliknya perempuan, ujian kebanyakan dari mereka lebih kepada menolak ajakan berbuat dosa. Dan kalau mereka belum cukup kuat untuk menolak, mereka akan sama-sama menjadi ahli dosa walau pada awalnya mereka sendiri tidak rela."
"Jadi kenapa lelaki tidak perlu ada keberanian untuk menolak?"
"Bukan tidak perlu ada, maksud aku lebih utamanya berani bercakap benar. Sebab aku rasalah, lelaki tidak perlu rajin menolak kerana ada banyak perkara yang perlu dia 'rai'. Sebaliknya, perempuan perlu kuat menolak kerana ada banyak perkara yang perlu dia 'jaga'."
Merenung jauh menembusi tulisan-tulisan nota kuliah yang semakin kabur di matanya, "Hm, aku nampak menolak dan menyampaikan ini tidak lari dari konsep amar maaruf nahi mungkar. Tapi secara kasarlah. Amnya, aku setuju tetapi ragu-ragu."
"Dua garis selari. Kalau selari manakan bertembung?"
Berkerut dahi cuba memahami, "Cuba tulis dalam blog kau tengok macam mana pendapat orang."
"Ok"
Kembali membaca nota.
Dialog malam exam selalunya beginilah. Ke pulau yang sama sahaja destinasinya.

May 19, 2012
Kerana kau saudaraku.
Saudara.
Jika dikatakan tidak berkepentingan kita bersaudara, aku terima seadanya. Aku ini memang tidak ada pentingnya. Aku ni seperti katanya Chairil Anwar, 'Binatang jalang dari kumpulan terbuang'. Bersama tidak menambah faedah, menjauh tidak membawa kisah.
Terkilannya aku hanya satu wahai saudara yang aku cinta, tidaklah lain selain tidak mendengar dari mulutmu sendiri. Berita kau menolak aku dari menjadi kawanmu kudengar dari orang lain. Nyilu hati mendengarnya saudara.Sungguh! Kerana saat itu aku menyangka dia membawa salam khabar darimu. Kusangka salam penuh cinta, rupanya racun penuh bisa. Terngiang lagi kata-katanya di telingaku;
"Dia minta aku sampaikan padamu, bahawa sudah tidak berkepentingan lagi kita berkawan"
Remuk hati ini. Bukannya aku tidak pernah ditolak orang untuk berkawan. Berkali-kali juga aku dijauhi wanita kerana cuba mengenal rapat. Tetapi pedih yang dirasa tidak setinggi ini. Rasa penuh dadaku diisi pasir-pasir ragu. Kenapa ya, tuan sanggup berbuat begitu?
Ketahuilah aku tidak punya apa-apa kepentingan terhadapmu saudara, selain memegang janji Tuhan kasihnya dua pemuda kerana Allah kan membawa ke syurga. Tidakkah kau juga begitu, saudara? Melihat laman sosialmu, aku seolah tahu kau sudah punya kekasih hati yang lebih enak untuk dicurah kasih-bakti. Kerana itukah? Kalaupun begitu keadaannya, aku masih belum dapat terima kau menolak aku sebagai temanmu.
Ini teguran aku kalau kau mahu mengambilnya saudara. Kita ini hidup kerana mencari radha Allah. Tahukah saudara, redha Allah ada pada insan yang mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri. Ya, redha Allah juga ada pada suami yang mengasihi isteri. Tetapi saudara, itu isteri bukan buah hati.
Bukannya aku mahu menuntut hakku sebagai saudaramu, tetapi kembalilah memahami hikmah sebenar setiap insan itu bersilaturrahim. Bukan mencari sahabat yang sempurna untuk didekati, bukan mencari insan yang berkepentingan untuk dirai tetapi sahabat yang lemah itu sama kita baiki, sahabat yang baik itu kita hargai. Bukankah setiap orang itu ada kelebihan dan kelemahannya sendiri? Dengan jalan inilah akan membawa kita akhirnya ke syurga Illahi.
Sudahlah, tidak ada gunanya aku menulis panjang. Aku menulis dengan hati yang pedih, dan merelakan kau pergi sahabat. Namun sedarilah, walau aku tidak ada pentingnya bagimu, kau senantiasa ada pentingnya kepadaku. Kerana aku mencintaimu kerana Allah, maka aku tidak sanggup kehilangan keindahan itu.
Semoga satu hari nanti kita akan bersama seperti dahulu.
Salam kecewa, sahabatmu yang jauh.
*Takziah buat Amir Siddiq yang diuji Tuhan dengan isu persahabatan.
Peace V

![]() |
| Sayang keluarga Az-zikr sebab sejahat mana pun saya, diorang tetap nak kawan dengan saya. |
May 17, 2012
Lempeng dan sardin, sebuah kisah cinta.
Sekarang pukul 3 pagi. Aku sedang sibuk menelaah buku Oral Pathology untuk exam esok pagi bila perut aku mula berbunyi. Aku ke dapur dan mencari kalau-kalau ada sesuatu yang boleh di makan. Lapar betul rasanya pagi-pagi buta ni.
Bertemu dengan Ulya di muka pintu, "Ulya, lapar la. Ada makanan tak?" Tanyaku.
"Tu ada sardin sikit dekat dapur, makan la"
"Roti ada tak?"
"Roti dan expired dah, tak boleh makan"
"Ala, takpelah macam tu" Balasku kecewa sebelum kembali ke bilik, mendampingi buku.
*********
Tidak aku sangka dalam dua puluh minit kemudian, Ulya masuk ke bilik membawa dua pinggan di tangannya.
Pinggan yang berisi gulungan lempeng dan sardin itu diletakkan di atas meja.
"Makanlah" Cakap Ulya.
Aku jadi kelu. Tak mampu berkata-kata.
"Study, jangan online!" Tambahnya lagi sebelum keluar dari bilik bersahaja.
Aku yang terpaku sedari tadi memandang lempeng dan sardin di atas meja tersenyum lebar.
"Ulya...." bisik aku perlahan.
Cerita ini berakhir dengan habuk memasuki mata secara tiba-tiba.
Terima kasih Ulya. Malam exam yang paling indah dan akan aku ingat sampai bila-bila.
Ish, banyak pulak habuk dalam bilik malam ni.
***
Pernah rasa makna cinta? Aku pernah.

| lempeng dan sardin yang tak akan aku lupa sampai bila-bila |
![]() |
| Study sampai tidur bawah meja. Ini baru true learner! |
Pernah rasa makna cinta? Aku pernah.
May 15, 2012
Belajar dari padang hijau.
Duduk melepaskan pandangan jauh ke arah padang luas luar jendela pustaka. Sebaris jalan yang membelah padang luas itu cukup lurus, yang menjadi semakin kecil bila menjauh dan hilang di sebalik bukit-bukit. Baris-baris Pohon Ru tumbuh merintangi padang menjadi tempat anak matanya singgah lebih lama.
Sebulan yang lepas, di kerusi yang sama dia melihat padang luas ini cukup hijau dan mendamaikan, lari sebentar dari nota-nota kuliah yang menjerut nafasnya. Saat menikmati padang hijau itu, nafas yang dihela seolah menghembus keluar sesak yang berawan di dada. Pohon Ru yang sendeng melawan angin jauh ditengah padang itu menjadi lukisan indah yang dibingkaikan jendela pustaka.
Hari ini, rumput hijau yang melatari dataran tahu juga untuk pulang. Warna hijau hilang dari bingkai jendela. Dia tidak tahu mahu salahkan siapa. Terik matahari yang membakar? Hujan yang enggan turun? Atau dia sendiri yang tidak setia memandang lebih lama?
Mata dipejam rapat. Cuba mencari baki-baki imej yang tersimpan dalam kotak kenangan. Tidak banyak tapi cukuplah menjadi ingatan. Di atas helaian-helaian kertas nota yang dipinggirkan sedari tadi, dia menulis;
"Apa yang dapat dilihat tidak akan kekal, sepertimana apa yang dapat disentuh juga tidak akan kekal"
Indahnya Tuhan menjadikan semuanya sementara di dunia ini agar kita ingat pada Pulau Satu yang selamanya. Kita doakan di syurga nanti ada kita, dan ada padang hijau yang tidak pandai hilang warnanya. Mungkin bukan jalan lurus yang merentasi bahkan sungai Salsabila yang mengairi.
Sebenarnya, alam pun tahu menjadi guru kalau kita sedia menjadi muridnya.
![]() |
| bunga akan layu |
Selamat hari guru, ibuku!
Selamat hari ibu, guruku!
May 11, 2012
"Balik pada Quran"
![]() |
| Kelas terakhir Gen 5 sem ini. Memori indah. |
Nasihat terakhir abang Radhi;
"kalau ada apa-apa masalah, balik pada Quran, balik pada Quran, balik pada Quran.."
"Balik pada Quran"
"Kalau ada sesuatu yang menggembirakan pun balik pada Quran.."
"Balik pada Quran"
"Sampai nanti akan ada rasa kemanisan terhadap Quran, sampai apa-apa yang berlaku pun kita akan ingat Quran"
Aku, dan aku tahu setiap kami dalam hati, "amin ya rabbal alamin"
***
Selamat exam dan selamat bercuti Gen 5!
Pasti merindui senyuman Abang Radhi. Senyuman bila lepas tasmik, dan senyuman bila tak tasmik. Haha
Esok exam Prosthodontics!
Subscribe to:
Posts (Atom)